Ms:Beginners Guide 1.4.1

From OpenStreetMap Wiki
Jump to navigation Jump to search

Menambah Tag

Bahagian sebelum ini telah menerangkan unsur-unsur geo OpenStreetMap. Bahagian ini pula sedikit sebanyak mejelaskan tentang skema meletakkan tag dalam OpenStreetMap:

Nasihat

Mulakan terlebih dahulu dengan objek yang anda akan guna dan ketahui fungsi tag dalam OSM serta rujuk wiki sekiranya anda ingin meletakkan tag terhadap objek-objek lain

Anda boleh menggunakan pelbagai jenis tag untuk menggambarkan keadaan jalan (atau apa-apa jua objek lain yang dipetakan). Buat permulaan, untuk sumbangan pemetaan ulung anda; sekadar meletakkan tag highway untuk suatu jalan, atau tag shop untuk mana-mana kedai, sudah mencukupi. Kemudiannya anda boleh lihat bagaimana hasil pemetaan anda dipaparkan (rendered) dalam peta OSM dan sejurus selepas itu, perincian kecil boleh ditambah dari semasa ke semasa.

Tag yang baru diterima:

Gunakan gelintaran wiki

Artikel utama: Searching the wiki(en)

Membuat carian dengan gelintaran wiki ialah kaedah yang lebih pantas daripada sekadar meneka-neka tag dalam bahasa Inggeris.

Hubungi komuniti dan pemeta-pemeta berdekatan

Rencana saluran perhubungan(en) menyenaraikan tempat-tempat untuk bertanyakan soalan-soalan tentang tag-tag.

Seterusnya