Ms:Tag:highway=tertiary

From OpenStreetMap Wiki
Jump to navigation Jump to search
Public-images-osm logo.svg highway = tertiary
Secondary road near Langgar.JPG
Huraian
Jalan raya kecil di kawasan luar bandar, jalan pengumpul atau jalan tempatan yang penting Show/edit corresponding data item.
RenderingHelp translate this into Malay!
Rendering-highway tertiary carto.png
Kelompok: highways
Digunakan pada unsur-unsur ini
should not be used on nodesmay be used on waysshould not be used on areasshould not be used on relations (except multipolygon relations)
Gabungan berguna
Status: diluluskanPage for proposal

Jalan tertier sesuai menggambarkan jalan raya kecil milik Jabatan Kerja Raya (JKR).

Tag ini sesuai digunakan untuk kebanyakan jalan di kawasan luar bandar: lazimnya jalan sebegini jauh lebih sempit dan aliran lalu-lintas tidak sesibuk jalan raya lain. Di samping itu juga, tag ini boleh diletakkan terhadap jalan-jalan utama di kawasan-kawasan taman perumahan di kawasan bandar atau pekan.

Dalam OpenStreetMap, jalan-jalan pengumpul lain yang bersambung terus dengan jalan raya utama lain boleh juga ditanda dengan tag ini.

Butiran tag

Kawasan bandar

Dalam rangkaian jalan raya, jalan pengagih atau jalan penyalur (terjemahan distributor road dari Dewan Bahasa dan Pustaka) layak ditag highway=tertiary.  Baca lanjut tentangnya dalam Wikipedia bahasa Inggeris.

Selain itu, tag ini boleh diguna untuk menanda jalan tempatan yang penting di kawasan-kawasan perumahan misalnya:

  • jalan keluar dan masuk
  • jalan ke kedai-kedai
  • jalan merentasi kawasan sekolah, masjid dan sebagainya.

Ambil perhatian terhadap aliran lalu lintas di jalan tersebut. Bagi lalu lintas yang terlalu ringan, gunakan tag highway=unclassified. Sekiranya terdapat kesibukan lalu lintas yang sederhana, tag highway=secondary mungkin lebih sesuai.

Kawasan luar bandar

Selain penerangan di atas, jalan keluar masuk ke kawasan  FELDA,  FELCRA, dan kawasan-kawasan lembaga kemajuan tanah lain juga boleh ditanda dengan tag ini.

Bagi jalan kendalian JKR dengan lalu lintas yang lebih sibuk pula, pertimbangkan untuk ditanda dengan tag highway=secondary.

Jalan sebegini masih lagi mempunyai garis putus-putus di tengah-tengah jalan. Bagi jalan satu lorong biasa, gunakan tag highway=unclassified.

Langkah-langkah pemetaan

Bagi menambah perincian tentang jalan raya tersebut, anda boleh menambah tag-tag seperti yang berikut:

  • name=Nama jalan raya dalam bahasa Melayu
  • maxspeed=Nombor untuk menunjukkan had laju yang dibenarkan
  • ref=Kod rujukan jalan raya misalnya 207, K135, P100, T100, dll.
  • loc_name=Nama sekiranya wujud gelaran jalan bagi orang tempatan

Jangan lupa tag-tag keadaan khas:

  • bridge=yes - sekiranya jambatan dibina di bahagian jalan raya yang tertentu
  • tunnel=yes - sekiranya jalan raya melalui terowong khas