User:AkuAnakTimur/Bimbingan orang baru 1.2

From OpenStreetMap Wiki
Jump to navigation Jump to search

Muat Naik Data GPS

Jikalau anda telah memutuskan untuk menggunakan rakaman jejak GPS sebagai salah satu sumber anda untuk dimasukkan ke dalam OpenSteetMap, jejak GPS mentah anda juga ada manfaatnya. Jejak GPS ini, walaupun tidak digunakan secara terus dalam OSM; sekiranya dikongsi untuk awam, dapat membantu banyak penyumbang OSM dari segi menentukan kualiti data atau meningkatkan kejituan laluan-laluan sedia ada (melalui purata berbilang jejak GPS). Namun begitu, prosedur ini adalah tidak wajib, cuma amat digalakkan.


Nuvola apps ktip.png Hanya langkau ke langkah seterusnya sekiranya anda menggunakan sumber lain yang tidak membabitkan GPS.


Ikuti langkah-langkah ini untuk memuat naik jejak GPS ke dalam OSM, serta memuat turun ke editor JOSM untuk proses suntingan.

  1. Muat naik jejak GPS dalam format GPX ke dalam OSM (jika perlu: buat penukaran ke dalam format GPX)
  2. Muat turun data ke dalam JOSM (ketahui lebih lanjut tentang editor JOSM)


Undur Seterusnya