Ms:Tag:highway=primary

From OpenStreetMap Wiki
Jump to navigation Jump to search
Public-images-osm logo.svg highway = primary
Hezery99-Jerangau Jabor Hwy.JPG
Huraian
Jalan raya penghubung antara bandar atau pekan besar Show/edit corresponding data item.
RenderingHelp translate this into Malay!
Rendering-highway primary carto.png
Kelompok: Highways
Digunakan pada unsur-unsur ini
should not be used on nodesmay be used on waysshould not be used on areasshould not be used on relations (except multipolygon relations)
Membabitkan
Gabungan berguna
Status: de facto

Tag ini untuk jalan raya primer atau jalan penting yang menghubungkan bandar-bandar atau pekan-pekan utama. Lazimnya aliran trafik kedua-dua arah tidak dipisahkan dengan pembahagi jalan.

Jalan-jalan ini sekurang-kurangnya menepati ciri-ciri pengelasan R4/U4:

  • geometri sederhana
  • perjalanan jarak sederhana
  • had laju sederhana, minimum 70 km/j.

Tag ini sesuai untuk jalan persekutuan yang tidak menepati syarat yang digariskan dalam highway=trunk.

Langkah-langkah pemetaan

Secara ringkasnya, lakarkan satu garis buatnya. Pilih way yang merupakan bahagian jalan raya tersebut. Kemudian letakkan tag highway=primary. Sekiranya pergerakan lalu lintas hanyalah terhad kepada satu arah sahaja, pastikan tag oneway=yes turut disertakan.

Bagi menambah perincian tentang jalan raya tersebut, anda boleh menambah tag-tag seperti yang berikut:

  • name=Nama jalan raya dalam bahasa Melayu
  • maxspeed=Nombor untuk menunjukkan had laju yang dibenarkan
  • ref=Kod rujukan jalan raya misalnya 1, 1-11, P100

Keadaan khas

  • bridge=yes - sekiranya jambatan dibina di bahagian jalan raya yang tertentu
  • tunnel=yes - sekiranya jalan raya melalui terowong khas

Contoh

Sampel Contoh tag

 Lebuhraya Tun Razak
Jalan raya utama dua lorong

highway=primary

name=Lebuhraya Tun Abdul Razak
lanes=2
oneway=no
ref=12

Pautan luar