Ms:Tag:highway=trunk

From OpenStreetMap Wiki
Jump to navigation Jump to search
Public-images-osm logo.svg highway = trunk
KL - Jalan Tun Razak aerial.JPG
Huraian
Lebuh raya utama yang bukannya lebuh raya ekspres. Show/edit corresponding data item.
RenderingHelp translate this into Malay!
Rendering-highway trunk carto.png
Kelompok: Highways
Digunakan pada unsur-unsur ini
should not be used on nodesmay be used on waysshould not be used on areasshould not be used on relations (except multipolygon relations)
Membabitkan
Gabungan berguna
Lihat juga
Status: de facto

Tag ini khusus untuk lebuh-lebuh raya yang tidak menepati ciri-ciri yang digariskan untuk tag highway=motorway. Pendek kata, tag ini khusus untuk lebuh raya seperti  Lebuhraya Persekutuan. Hampir semua jenis lebuh raya ini dikendalikan bawah kuasa Jabatan Kerja Raya (JKR) Persekutuan kecuali Lebuhraya Persekutuan (diselia oleh PLUS Expressway Berhad).

Ciri-ciri lebuh raya sebegini menurut JKR:

Terdapat satu lagi ciri yang digariskan oleh pihak JKR yakni sesetengah lebuh raya dibina dengan laluan terpisah ( jalan kembar dengan pembahagi jalan). Sekiranya ini turut diambil kira, hampir seluruh jalan persekutuan layak diberi tag ini. Namun begitu, diingatkan bahawa piawai tag jalan-jalan raya di Malaysia haruslah setara dengan piawai jalan-jalan antarabangsa.

Di Thailand, tag ini dikhususkan kepada lebuh raya (berkawalan separa dan tanpa tol) dengan pembahagi jalan sepenuhnya. Perlu diingatkan yang lebuh raya ekspres di Thailand hanyalah dibina di kawasan bandar raya Bangkok sahaja.

Manakala di Singapura, lebuh raya bukan ekspres (semi-expressway) pula diletakkan tag ini.

Maka tag highway=trunk ini khusus untuk lebuh raya tertentu. Misalnya, bukan seluruh  Laluan Persekutuan 1 boleh diletakkan tag ini atas sebab kawalan masuk yang tidak terhad terutamanya di kawasan luar bandar. Sebahagian Laluan Persekutuan yang merentasi kawasan Lembah Kelang dan kota raya Johor Bahru, contohnya, boleh ditanda dengan tag highway=trunk. Bahagian-bahagian lain boleh ditanda dengan tag highway=primary

Selain itu juga, papan tanda yang digunakan di lebuh raya ini berlatar belakang warna biru dengan tulisan berwarna putih.

Langkah-langkah pemetaan

Map dual carriageway.png

Sila rujuk rajah yang disisipkan di sebelah kanan. Pastikan arah laluan yang betul (Malaysia memandu di sebelah kanan), rajah sisipan (bagi trafik pemandu sebelah kiri) sekadar menggambarkan panduan asas.

Bagi jalan berkembar, buat dua garisan untuknya. Tandakan arah trafik dengan tag oneway=yes untuk kedua-duanya. Pastikan nod-nod disusun sebelah-menyebelah. Hal ini menandakan bahawa kedua-dua way tadi saling berkaitan.

Bagi menambah maklumat lanjut terhadap lebuh raya tersebut, tag-tag ini boleh ditambah:

  • maxspeed=Nombor menandakan had laju lebuh raya
  • name=Nama lebuh raya dalam bahasa Melayu
  • ref=Kod rujukan
  • lanes=Nombor bilangan lorong setiap hala

Keadaan khas

  • highway=trunk_link untuk lorong susur untuk masuk dan keluar lebuh raya
  • bridge=yes sekiranya jambatan dibina di bahagian jalan raya yang tertentu
  • tunnel=yes sekiranya jalan raya melalui terowong khas

Contoh

Sampel Contoh tag

 Lebuhraya Tebrau
Lebuh raya tiga lorong satu hala

highway=trunk

name=Lebuhraya Tebrau
lanes=3
oneway=yes
ref=3

Lebuhraya Persekutuan
Lebuh raya berkembar dengan tiga lorong di bahagian ini

highway=trunk
name=Lebuhraya Persekutuan
lanes=3
oneway=yes
ref=2
destination=Kuala Lumpur

Senarai lebuh raya sesuai dengan tag highway=trunk

Sumbang saran boleh dibawa bincang dalam forum.

Kod rujukan Nama jalan Rencana Wikipedia
Lebuhraya Pan Borneo apabila telah disempurnakan

 relation 5288246 relation 5288247

 Lebuhraya Pan Borneo
relation Lebuh Raya Persekutuan  Lebuhraya Persekutuan
relation Jalan Lingkaran Tengah 2  Jalan Lingkaran Tengah 2 Kuala Lumpur
Lebuhraya Putrajaya-Cyberjaya  Lebuhraya Putrajaya-Cyberjaya
relation Jalan Kuala Perlis - Changlun  Lebuhraya Changlun-Kuala Perlis
Lebuhraya Bayan Lepas  Lebuhraya Bayan Lepas

Pautan luar

 Laluan persekutuan