User:AkuAnakTimur/Bimbingan orang baru 1.2.2

From OpenStreetMap Wiki
Jump to navigation Jump to search

Muat Naik Data

Anda digalakkan memuat naik fail GPX yang mempunyai rakaman jejak GPS ke OpenStreetMap. Untuk langkah seterusnya, anda bakal mencipta data peta OSM daripada jejak GPS dengan sebuah editor. Anda dinasihatkan supaya memuat naik semua jejak GPS yang digunakan dalam menambah data OSM. Hal ini demikian agar semua data OSM tadi boleh dikesan sumbernya. Di samping itu, data ini juga boleh digunapakai pada masa akan datang. Ambil perhatian bahawa fail GPX yang mempunyai cap masa (timestamp) sahaja yang dibenarkan untuk dimuat naik.

Langkah-langkah muat naik

  1. Pergi ke halaman utama OSM.
  2. Daftar masuk (jangan lupa, anda perlukan satu akaun OSM -- Sudah ada akaun?).
  3. Klik “GPS traces” di bahagian atas.
  4. Klik “Upload a trace”.
  5. Bagi keempat-empat kotak di bahagian ini, sila:
    1. Cari dan pilih fail yang anda ingin muat naik.
    2. Letakkan nama fail.
    3. Tambah tag yang memudahkan carian dibuat terhadapnya. Misalnya “TTDI,Kuala Lumpur” (setiap perkataan ialah suatu tag yang khusus, maka, Pulau Perhentian seharusnya diletakkan tag seperti “PulauPerhentian”).
    4. Berikan keterangan tentang cara-cara jejak GPS dirakam (berjalan kaki, kereta, tunggangan motosikal, kayuhan basikal).
  6. Pilih sama ada anda ingin berkongsi jejak GPS secara terbuka (ini digalakkan) dengan pilihan “Public” atau “Identifiable”.
  7. Klik "Upload".
  8. Data ini akan mengambil sedikit masa untuk diproses dalam OSM. Namun begitu, anda boleh terus menggunakannya sejurus proses muat naik.
  9. Apabila selesai, anda boleh melihat data GPS anda melalui editor iD atau Potlatch dengan mengklik pautan "edit" betul-betul pada bahagian fail jejak GPS anda, "See your traces".


Undur Seterusnya