Ms:Join the community

From OpenStreetMap Wiki
Jump to navigation Jump to search

Sertai komuniti OpenStreetMap

Sebelum anda dapat mula memberi sumbangan terhadap OpenStreetMap, anda perlu mendaftarkan akaun baru dan memberi persetujuan untuk berkongsi segala hasil kerja anda bawah lesen OpenStreetMap. Hal ini demikian agar data OpenStreetMap kekal bebas dan percuma untuk sesiapa sahaja dan segala perubahan boleh dijejak dengan penuh teliti. Anda boleh menggunakan nama samaran sebagai nama ahli. Kebanyakan ahli OpenStreetMap hanya meletakkan nama samaran atau timangan. Alamat e-mel yang didaftarkan hanyalah digunakan khusus untuk proses pengesahan pendaftaran ahli baru. Di samping itu, alamat e-mel anda juga digunakan untuk menghantar mesej sesama ahli. Jangan khuatir, alamat e-mel anda ini tidak didedahkan secara terbuka dalam mesej tersebut.


Daftar Sekarang!


Sudah mendaftar? Tahniah dan selamat datang ke OpenStreetMap!

Seterusnya