Ms:Beginners Guide 1.1.2

From OpenStreetMap Wiki
Jump to: navigation, search
Bahasa yang tersedia — Beginners Guide 1.1.2
· Afrikaans · Alemannisch · aragonés · asturianu · azərbaycanca · Bahasa Indonesia · Bahasa Melayu · Bân-lâm-gú · Basa Jawa · Baso Minangkabau · bosanski · brezhoneg · català · čeština · dansk · Deutsch · eesti · English · español · Esperanto · estremeñu · euskara · français · Frysk · Gaeilge · Gàidhlig · galego · Hausa · hrvatski · Igbo · interlingua · Interlingue · isiXhosa · isiZulu · íslenska · italiano · Kiswahili · Kreyòl ayisyen · kréyòl gwadloupéyen · Kurdî · latviešu · Lëtzebuergesch · lietuvių · magyar · Malagasy · Malti · Nederlands · Nedersaksies · norsk bokmål · norsk nynorsk · occitan · Oromoo · oʻzbekcha/ўзбекча · Plattdüütsch · polski · português · português do Brasil · română · shqip · slovenčina · slovenščina · Soomaaliga · suomi · svenska · Tiếng Việt · Türkçe · Vahcuengh · vèneto · Wolof · Yorùbá · Zazaki · српски / srpski · беларуская · български · қазақша · македонски · монгол · русский · тоҷикӣ · українська · Ελληνικά · Հայերեն · ქართული · नेपाली · मराठी · हिन्दी · অসমীয়া · বাংলা · ਪੰਜਾਬੀ · ગુજરાતી · ଓଡ଼ିଆ · தமிழ் · తెలుగు · ಕನ್ನಡ · മലയാളം · සිංහල · ไทย · မြန်မာဘာသာ · ລາວ · ភាសាខ្មែរ · ⵜⴰⵎⴰⵣⵉⵖⵜ · አማርኛ · 한국어 · 日本語 · 中文(简体)‎ · 吴语 · 粵語 · 中文(繁體)‎ · ייִדיש · עברית · اردو · العربية · پښتو · سنڌي · فارسی · ދިވެހިބަސް

Menyurih fotografi udara

Pengguna OpenStreetMap disediakan dengan kemudahan fotografi (imejan atau gambar) udara untuk disurih (ditekap) melalui beberapa jenis sumber untuk seluruh pelusuk dunia.

Di Malaysia khususnya, imejan Bing (en) ialah sumber yang terutama. Imejan Bing menawarkan resolusi paling tinggi di kawasan berpenduduk yang tertentu. Di samping itu, imejan Digital Globe yang disediakan oleh syarikat Mapbox (en) juga turut meliputi kawasan lain, yang mungkin lebih jauh menyeluruh daripada Bing. Walau bagaimanapun, bagi kebanyakan tempat, imejan hitam putih sahaja yang tersedia dengan resolusi lebih rendah. Hanya imejan di kawasan Lembah Klang Raya sahaja yang mempunyai resolusi tinggi (setanding imejan Bing), dan imejan tadi diambil sekitar penghujung tahun 2014.

Pilihan imejan udara boleh dilakukan melalui menu Background atau Imagery dalam editor pilihan anda.

Kadangkala, ciri-ciri tertentu yang dipaparkan dalam imejan mungkin tidak bertepatan dengan kedudukan sebenar ciri-ciri tadi di alam nyata. Maka ciri-ciri itu (misalnya jalan raya) sepatutnya dijajarkan dengan jejak GPS yang dimuat naik oleh pengguna-pengguna OpenStreetMap. Ini akan dijelaskan dengan lanjut dalam tajuk terkehadapan.

Diingatkan juga bahawa gambar satelit yang diberi mungkin sudah lapuk (diambil pada tahun 2005 misalnya); maka seelok-eloknya ciri-ciri terkini yang sepatutnya dipetakan, bukannya ciri-ciri yang ditonjolkan melalui gambar satelit lapuk tersebut.

Seterusnya