Ms:Beginners Guide 1.1.1

From OpenStreetMap Wiki
Jump to navigation Jump to search

Log surih (trace log) pandu arah (navigasi) satelit

Kaedah ini mungkin memudahkan anda menggambarkan bentuk geometri jalan.

Sistem pandu arah satelit anda boleh diguna walaupun dengan had yang tertentu.

Ketepatan unit kelas konsumer ialah agak terhad (kira-kira 7 meter), melainkan anda mahir memproses log surih tersebut dengan peralatan kompleks, serta memerlukan anda mengeluarkan belanja; seperti RTKLIB(en), antena kelas industri dan cip pandu arah satelit yang spesifik.

text= PERHATIAN!
Pastikan pilihan seumpama 'Snap to road' atau 'Lock on road' pada unit GPS anda telah dinyah aktifkan. Jika tidak, anda akan menyalin bulat-bulat dari peta yang dimuatkan dalam unit GPS tersebut. Dibimbangi anda secara tidak sedar telah melanggar hak cipta.

Apabila anda mengumpulkan data menggunakan GPS (lihat juga Hardware Guide(en)), data tambahan – misalnya nama-nama jalan, kemudahan-kemudahan dan perkara-perkara penting lain – sepatutnya turut dikumpul. Data tersebut pula boleh direkod dengan buku nota, perakam suara, atau kamera (kamera telefon atau kamera dash).

  • Maklumat lanjut tentang langkah-langkah merakam jejak GPS boleh dibaca melalui rencana merakam jejak GPS(en).
  • Terdapat juga rencana ulasan GPS(en) sekiranya anda merancang untuk memiliki sebuah unit GPS.
  • Bagi memproses jejak GPS, terdapat pelbagai jenis perisian sumber terbuka yang boleh diguna, dan rencana ini boleh dijadikan inspirasi.
  • Penyelesai masalah (troubleshoot) GPS

Dengan editor JOSM(en), anda boleh mengimport foto-foto ke dalamnya. Secara automatik, foto-foto tadi dijajarkan mengikut cap masa (time stamp) foto di sepanjang jejak GPS anda. Terdapat juga huraian untuk membuat penjajaran melalui rencana ini(en).

Seterusnya