Ms:Beginners Guide 1.1

From OpenStreetMap Wiki
Jump to: navigation, search
Bahasa yang tersedia — Beginners Guide 1.1
· Afrikaans · Alemannisch · aragonés · asturianu · azərbaycanca · Bahasa Indonesia · Bahasa Melayu · Bân-lâm-gú · Basa Jawa · Baso Minangkabau · bosanski · brezhoneg · català · čeština · dansk · Deutsch · eesti · English · español · Esperanto · estremeñu · euskara · français · Frysk · Gaeilge · Gàidhlig · galego · Hausa · hrvatski · Igbo · interlingua · Interlingue · isiXhosa · isiZulu · íslenska · italiano · Kiswahili · Kreyòl ayisyen · kréyòl gwadloupéyen · Kurdî · latviešu · Lëtzebuergesch · lietuvių · magyar · Malagasy · Malti · Nederlands · Nedersaksies · norsk bokmål · norsk nynorsk · occitan · Oromoo · oʻzbekcha/ўзбекча · Plattdüütsch · polski · português · português do Brasil · română · shqip · slovenčina · slovenščina · Soomaaliga · suomi · svenska · Tiếng Việt · Türkçe · Vahcuengh · vèneto · Wolof · Yorùbá · Zazaki · српски / srpski · беларуская · български · қазақша · македонски · монгол · русский · тоҷикӣ · українська · Ελληνικά · Հայերեն · ქართული · नेपाली · मराठी · हिन्दी · অসমীয়া · বাংলা · ਪੰਜਾਬੀ · ગુજરાતી · ଓଡ଼ିଆ · தமிழ் · తెలుగు · ಕನ್ನಡ · മലയാളം · සිංහල · ไทย · မြန်မာဘာသာ · ລາວ · ភាសាខ្មែរ · ⵜⴰⵎⴰⵣⵉⵖⵜ · አማርኛ · 한국어 · 日本語 · 中文(简体)‎ · 吴语 · 粵語 · 中文(繁體)‎ · ייִדיש · עברית · اردو · العربية · پښتو · سنڌي · فارسی · ދިވެހިބަސް

Sumber maklumat

Terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan untuk mengumpul maklumat untuk OSM. Antaranya:

  1. apa-apa yang anda tahu
    • tinjauan (survey) dari mana-mana sahaja perjalanan pergi dan balik. Ini ialah kaedah dan sumber yang terbaik.
    • pengetahuan tempat. Sumber maklumat yang tidak kurang pentingnya. Anda mungkin sudah arif tentang selok-belok di kawasan sekitar rumah, pejabat atau tempat pengajian anda; atau juga tempat-tempat yang tertentu. Misalnya; nama-nama jalan, bangunan-bangunan utama, peraturan-peraturan jalan, dan mungkin juga maklumat-maklumat lain yang mungkin anda boleh tambah ke dalam OpenStreetMap. Kebanyakan tempat di Malaysia mungkin sudah ada bentuk peta jalan asas dalam OpenStreetMap, tetapi namanya sahaja yang tiada. Maka, tanpa melengah lagi, anda boleh terus meletakkan nama jalan tadi (tanpa memerlukan sebarang peralatan tambahan). Cuma anda perlu berhati-hati, kerana sesetengah tempat mungkin sudah berubah tanpa disedari.
    • pengetahuan umum.
  2. fotografi udara (imej satelit): imej satelit yang disediakan dalam editor dibenarkan untuk disurih (ditekap) dan dimasukkan ke dalam OpenStreetMap. Ambil perhatian - tidak semua imej satelit sesuai disurih. Ada juga imej satelit yang lama dan sudah ketinggalan zaman, maka anda tidak digalakkan untuk menyurih maklumat-maklumat yang lapuk.
  3. gambar dan/atau video milik peribadi
  4. rakaman jejak perjalanan menggunakan sistem pandu arah satelit sejagat seperti GPS, GLONASS dan seumpamanya
  5. pengetahuan orang yang terdekat seperti ahli keluarga dan rakan taulan

Elakkan penggunaan data berhak cipta

Kebanyakan data yang terdapat dalam Internet mempunyai hak cipta (copyright). Ini termasuklah perkhidmatan peta yang percuma seperti Google Maps, Google Earth dan Google Street View. Jangan semberono menggunakan rujukan berhak cipta. Tindakan sebegini boleh mengundang masalah terhadap OpenStreetMap (dari segi masa anda yang terbazir misalnya). Pendek kata, hanya gunakan rujukan yang disediakan dalam editor, dan elakkan penggunaan maklumat-maklumat lain. Sekiranya anda mempunyai maklumat (data) yang diberi kebenaran (rasmi) untuk dimasukkan ke dalam OpenStreetMap, anda boleh berbincang dengan pemeta-pemeta jagoan.

Maklumat yang boleh ditambah

Pelbagai jenis data yang boleh dikumpul dan ditambah dalam OpenStreetMap. Maklumat tersebut tidaklah terhad hanya untuk nama-nama jalan sahaja. Maklumat-maklumat lain misalnya warung mamak, tapak pasar, petak sawah, pam angin, semak-samun, longkang dan seumpamanya turut boleh dimuatkan ke dalam OpenStreetMap!

Jenis-jenis maklumat yang boleh dimasukkan ke dalam OpenStreetMap secara amnya boleh dirujuk pada halaman ciri-ciri peta (en).

Sekadar petua, anda boleh bermula untuk melengkapkan ciri-ciri terpenting misalnya, jalan-jalan utama. Lambat laun, anda boleh menumpukan terhadap ciri-ciri yang lebih kecil misalnya lorong pejalan kaki, pili bomba, papan tanda dan seumpamanya. Walau bagaimanapun ini hanyalah sekadar cadangan - anda punyai gaya tersendiri!

Seterusnya