Ms:Beginners Guide 1.3.1

From OpenStreetMap Wiki
Jump to: navigation, search
Bahasa yang tersedia — Beginners Guide 1.3.1
· Afrikaans · Alemannisch · aragonés · asturianu · azərbaycanca · Bahasa Indonesia · Bahasa Melayu · Bân-lâm-gú · Basa Jawa · Baso Minangkabau · bosanski · brezhoneg · català · čeština · dansk · Deutsch · eesti · English · español · Esperanto · estremeñu · euskara · français · Frysk · Gaeilge · Gàidhlig · galego · Hausa · hrvatski · Igbo · interlingua · Interlingue · isiXhosa · isiZulu · íslenska · italiano · Kiswahili · Kreyòl ayisyen · kréyòl gwadloupéyen · Kurdî · latviešu · Lëtzebuergesch · lietuvių · magyar · Malagasy · Malti · Nederlands · Nedersaksies · norsk bokmål · norsk nynorsk · occitan · Oromoo · oʻzbekcha/ўзбекча · Plattdüütsch · polski · português · português do Brasil · română · shqip · slovenčina · slovenščina · Soomaaliga · suomi · svenska · Tiếng Việt · Türkçe · Vahcuengh · vèneto · Wolof · Yorùbá · Zazaki · српски / srpski · беларуская · български · қазақша · македонски · монгол · русский · тоҷикӣ · українська · Ελληνικά · Հայերեն · ქართული · नेपाली · मराठी · हिन्दी · অসমীয়া · বাংলা · ਪੰਜਾਬੀ · ગુજરાતી · ଓଡ଼ିଆ · தமிழ் · తెలుగు · ಕನ್ನಡ · മലയാളം · සිංහල · ไทย · မြန်မာဘာသာ · ລາວ · ភាសាខ្មែរ · ⵜⴰⵎⴰⵣⵉⵖⵜ · አማርኛ · 한국어 · 日本語 · 中文(简体)‎ · 吴语 · 粵語 · 中文(繁體)‎ · ייִדיש · עברית · اردو · العربية · پښتو · سنڌي · فارسی · ދިވެހިބަސް

Petua umum apabila menambah jalan-jalan raya, kereta api, air dan seumpamanya

  1. Rajah 1
    Panjang suatu segmen laluan (way) boleh berbeza dengan ketara. Bahagian jalan yang amat bengkang-bengkok memerlukan banyak segmen atau nod. Manakala bahagian jalan yang lurus tanpa laluan bersambung lain, satu segmen tunggal sudah mencukupi dari hujung ke hujung tapi mengira panjangnya.

    Perhatikan Rajah 1, bahagian lurus di pertengahan laluan hanya menggunakan satu segmen.

  2. Rajah 2
    Bagi jejak berbilang, anda seharusnya meletakkan laluan di bahagian paling tengah seperti Imej 1 dalam Rajah 2. Tetapi, pertimbangkan juga:

    • Sekiranya jalan dilalui dengan basikal atau berjalan kaki, dan yang lainnya dirakam dalam kenderaan; boleh jadi basikal (atau kenderaan) yang bergerak lebih perlahan telah menghasilkan data yang lebih tepat. Hal ini demikian kerana unit GPS berjaya mendapatkan isyarat dalam jangka masa yang lebih panjang. Maka, disyorkan untuk lebih mempercayai ketepatan data yang sebegini.

    • Unit GPS yang baru sahaja dihidupkan lebih cenderung menghasilkan data kurang tepat buat beberapa ketika.

  3. Data GPX masih lagi tidak sepenuhnya sempurna untuk menggambarkan lakaran jalan. Sekiranya hanya ada titik-titik berselerak, lakarankan satu laluan terus di tengah-tengahnya (Imej 2 dalam Rajah 3, ialah kaedah yang tidak tepat, Imej 3 ialah kaedah yang lebih tepat. Jalan yang rata-rata dilakar dengan kemasnya di bahagian tengah). Sekiranya anda mengingati bagaimana keadaan jalan ketika mengumpul data, ini dapat memudahkan anda menentukan bentuk jalan yang sebenar. Jika anda masih lagi dalam keraguan, cuba dapatkan lebih banyak jejak GPS untuk jalan yang sama untuk memudahkan anggaran rata-rata.

  4. Rajah 3
    Dalam menyunting atau mencipta jalan-jalan berkembar, cuba pastikan nod-nod dan segmen-segmen diatur secara bertentangan antara satu sama lain seperti yang ditunjukkan dalam Imej 1 pada Rajah 3. Jikalau hanya salah satu daripada jalan berkembar tersebut berliku, maka nod-nod tambahan tidak diperlukan bagi bagi bahagian laluan lurus seperti yang dipaparkan dalam Imej 2.

  5. Rajah 4
    Sambungan antara dua jalan dibuat dengan satu nod yang bertindih dan dikongsi antara kedua-dua jalan tersebut . Rujuk Imej 1 pada Rajah 4. Antara kesilapan lazim pemeta baru ialah sekadar membuat pertindihan antara dua laluan dan menganggap kedua-dua jalan tersebut telah berpautan seperti dalam Imej 2 pada Rajah 4. Selain itu juga, kesilapan dibuat seperti Imej 3 dalam Rajah 4, apabila nod-nod dua jalan berasingan hanya diletakkan rapat tetapi tidak bertindihan dan tanpa sebarang sambungan dibuat. Dua kaedah terakhir ini tidak mendatangkan sebarang hasil. Untuk membuat pautan ketika melakar suatu laluan, hanya klik pada nod atau laluan yang ingin anda hubungkan. Menekan kekunci pintas N atau A, dan kemudiannya mengklik pada mana-mana nod atau laluan (way) serta klik pada nod-nod atau laluan (way) yang lain, akan menghasilkan laluan baru antara dua titik tersebut. Untuk mengenal pasti sama ada kaedah ini berhasil, cuba gerakkan salah satu nod yang terbabit. Seterusnya undurkan perubahan (Undo). Jikalau kedua-duanya menampakkan sebarang pergerakan, maka cara anda betul.

Seterusnya