Ms:Web front end/How to upload a GPS trace

From OpenStreetMap Wiki
Jump to navigation Jump to search
  • (pilihan) Buat pertukaran jejak GPS dalam fail berformat GPX(en) sekiranya peranti pandu arah satelit anda tidak boleh membuat suatu fail output dengan format ini.
    • Hanya jejak GPS dengan format GPX sahaja yang boleh dimuat naik ke OpenStreetMap
    • Sila rujuk rencana convert GPS tracks(en) bagi mengetahui peralatan yang boleh digunakan untuk proses menukar format fail.
Pautan GPS traces yang diserlahkan. Sekiranya paparan pelayar anda dikecilkan atau anda menggunakan pelayar telefon pintar, pautan ini disembunyikan di sebalik menu More ▼ atau menu ke bawah .
  • Klik pada GPS traces pada bahagian menu utama di sebelah atas.
  • Klik See your traces atau terus sahaja klik Upload a trace.
    • Sekiranya anda belum log masuk ke halaman utama OSM, anda diminta untuk berbuat demikian terlebih dahulu. Jikalau anda tidak mempunyai akaun OSM, anda hanya perlu membuka akaun(en).
  • (pilihan) Gunakan butang "Browse" untuk memilih fail GPX dari komputer anda.
  • (pilihan) Masukkan sedikit keterangan ringkas tentang jejak GPS anda dalam ruangan Description dan Tags. Keterangan anda seharusnya memberikan maklumat misalnya tentang kenderaan yang anda naiki kerana terdapat perbezaan antara jejak yang dirakam melalui kereta/kembara jalan kaki dan basikal.
  • (pilihan) Pilih jenis kebolehlihatan jejak GPS(en) anda.
    • Sekiranya anda berhasrat untuk tidak berkongsi jejak GPS sama sekali dengan orang lain, berhenti di langkah ini dan jangan lakukan sebarang muat naik.
  • Klik Upload. Fail GPX tadi akan dimuat naik ke pelayan (server) OSM. Sebelum fail tersebut berjaya dimasukkan ke pangkalan data OSM, fail anda akan dibaris gilir terlebih dahulu bersama-sama fail-fail GPX lain (fail akan ditanda label PENDING).