Ms:Tag:highway=primary
| Huraian |
|---|
| Jalan raya penghubung antara bandar atau pekan besar |
| Penerangan dalam OSM Carto |
|
| Kelompok: Highways |
| Digunakan pada unsur-unsur ini |
| Membabitkan |
| Gabungan berguna |
| Status: de facto |
| Peralatan |
Tag ini untuk jalan raya primer atau jalan penting yang menghubungkan bandar-bandar atau pekan-pekan utama. Lazimnya aliran trafik kedua-dua arah tidak dipisahkan dengan pembahagi jalan.
Jalan-jalan ini sekurang-kurangnya menepati ciri-ciri pengelasan R4/U4:
- geometri sederhana
- perjalanan jarak sederhana
- had laju sederhana, minimum 70 km/j.
Tag ini sesuai untuk jalan persekutuan yang tidak menepati syarat yang digariskan dalam highway=trunk.
Langkah-langkah pemetaan
Secara ringkasnya, lakarkan satu garis buatnya. Pilih way yang merupakan bahagian jalan raya tersebut. Kemudian letakkan tag highway=primary. Sekiranya pergerakan lalu lintas hanyalah terhad kepada satu arah sahaja, pastikan tag oneway=yes turut disertakan.
Bagi menambah perincian tentang jalan raya tersebut, anda boleh menambah tag-tag seperti yang berikut:
name=Nama jalan rayadalam bahasa Melayumaxspeed=Nomboruntuk menunjukkan had laju yang dibenarkanref=Kod rujukan jalan rayamisalnya 1, 1-11, P100
Keadaan khas
bridge=yes- sekiranya jambatan dibina di bahagian jalan raya yang tertentutunnel=yes- sekiranya jalan raya melalui terowong khas
Contoh
| Sampel | Contoh tag |
|---|---|
|
highway=primary |
