Ms:Pick your data collection technique

From OpenStreetMap Wiki
Jump to: navigation, search



Bahasa yang tersedia — Pick your data collection technique
Afrikaans Alemannisch aragonés asturianu azərbaycanca Bahasa Indonesia Bahasa Melayu Bân-lâm-gú Basa Jawa Baso Minangkabau bosanski brezhoneg català čeština dansk Deutsch eesti English español Esperanto estremeñu euskara français Frysk Gaeilge Gàidhlig galego Hausa hrvatski Igbo interlingua Interlingue isiXhosa isiZulu íslenska italiano Kiswahili Kreyòl ayisyen kréyòl gwadloupéyen kurdî latviešu Lëtzebuergesch lietuvių magyar Malagasy Malti Nederlands Nedersaksies norsk norsk nynorsk occitan Oromoo oʻzbekcha/ўзбекча Plattdüütsch polski português română shqip slovenčina slovenščina Soomaaliga suomi svenska Tiếng Việt Türkçe Vahcuengh vèneto Wolof Yorùbá Zazaki српски / srpski беларуская български қазақша македонски монгол русский тоҷикӣ українська Ελληνικά Հայերեն ქართული नेपाली मराठी हिन्दी অসমীয়া বাংলা ਪੰਜਾਬੀ ગુજરાતી ଓଡ଼ିଆ தமிழ் తెలుగు ಕನ್ನಡ മലയാളം සිංහල ไทย မြန်မာဘာသာ ລາວ ភាសាខ្មែរ ⵜⴰⵎⴰⵣⵉⵖⵜ አማርኛ 한국어 日本語 中文(简体)‎ 吴语 粵語 中文(繁體)‎ ייִדיש עברית اردو العربية پښتو سنڌي فارسی ދިވެހިބަސް

Anda boleh menambah perincian apa-apa jua dalam beberapa kali percubaan, dengan pelbagai peralatan pada satu-satu masa

  • seandainya anda berada hampir di kawasan yang anda mahukan butir-butir yang lebih terperinci, maka anda dicadangkan untuk membuat tinjauan beberapa kali
  • bukan semua teknik boleh digunakan dalam keadaan cuaca yang tertentu, jadi gabungkanlah berbagai-bagai jenis teknik
  • jikalau anda berada di kawasan dengan mempunyai capaian rangkaian yang terhad, anda mungkin lebih menyukai peralatan dan editor luar talian (offline) - meskipun ia lebih kompleks, tetapi mungkin lebih boleh dipercayai dan membuatkan kerja lebih pantas
  • asas tugas anda terbahagi kepada dua:
  1. anda perlu mengetahui perkara-perkara (nod dan way) berada di mana
  2. anda perlu mengetahui apa yang di sebalik perkara-perkara tersebut (tag); misalnya titik pandang utama (point of interest, POI), nama jalan dan jenis jalan.

Anda boleh melakukan kerja pertama dan kedua ini mengikut tertib, atau kedua-duanya secara serentak, namun kerja kedua mungkin hampir mustahil tanpa hasil kerja pertama.

Teknik-teknik (sepintas lalu)

Untuk perincian lengkap, anda bolehlah merujuk Category:Data collection technique (en).

Gunakan ingatan

Anda mungkin sudah sedia tahu, maka teknik-teknik lain sudah tidak memadai kerana anda sememangnya mahir tentang selok-belok kawasan anda ataupun anda baru sahaja telah membuat tinjauan. Sedikit petua:

  • Elakkan pengetahuan lama yang telah lapuk (walaupun anda telah lama tinggal di suatu kawasan, dunia boleh berubah sekelip mata dan pengetahuan masing-masing dengan mudahnya ketinggalan zaman)
  • Elakkan agak-mengagak dan teka-meneka
    • Tandakan sebarang anggaran dengan tag note=*(en) atau fixme=*(en).
    • Gunakan tag yang lebih umum misalnya highway=road, building=yes, atau shop=yes, daripada menggunakan gabungan tag yang lebih spesifik.
    • Letakkan tag sementara seperti source=Bing sekiranya ciri-ciri objek tidak dapat dilihat dengan jelas, kecuali dengan penggunaan gambar satelit (dalam contoh ini, Bing).
  • Berikan penerangan ringkas tentang objek yang berubah di alam nyata
    • nota(en) ringkas tetapi bermakna akan menolong anda dan juga pengguna-pengguna lain ketika dalam proses
    • meletakkan komen set perubahan (changeset) yang baik(en) agar anda tidak perlu bergantung kepada gambar satelit semata-mata
  • Cuba elakkan perubahan yang terlalu besar tanpa pengetahuan terkini di suatu tempat

Catatan atau lakaran

Buku nota dengan lakaran dan catatan nota-nota peta. Lihat bagaimana buku-buku nota digunakan dalam pesta pemetaan seperti ini.
  • Skil atau bakat melakar yang baik membolehkan anda merekod segala butiran terperinci
  • Tidak memerlukan kos yang tinggi, dan juga boleh dibuat dalam apa-apa jua keadaan cuaca sekalipun (pensel boleh diguna antara suhu -60°C dan 40°C). Pastikan kertas tidak basah atau terkoyak dan seumpamanya.

Kamera video

Artikel utama: Videomapping(en)

Anda boleh menggunakan rakaman kamera video yang mungkin tidak serumit peralatan-peralatan elektronik yang lain.

Menggunakan log surih (tracelog) pandu arah satelit

Lazimnya log surih yang dihasilkan berkualiti rendah (~ 7 meter). Petua-petua:

  • Mungkin masukkan terlebih dahulu jalan-jalan utama buat kali pertama di kawasan pemetaan anda
  • Dalam proses memasukkan lebih banyak perincian, log surih ini mungkin menjadi semakin tidak relevan (misalnya denai-denai jalan kaki dan halangan-halangan yang jauh lebih kecil daripada perincian ~ 7 meter)

Seterusnya