Ms:Beginners Guide 1.6

From OpenStreetMap Wiki
Jump to navigation Jump to search

Bantuan tambahan

  • Gunakan kotak gelintar di hujung atas kanan untuk gelintaran wiki(en) untuk menemukan halaman yang boleh menjawab persoalan anda.
  • Map Features(en) — berguna untuk mengetahui tag yang sesuai diletakkan terhadap pelbagai ciri-ciri yang pelbagai jenis, lihat juga Category:Features(en) untuk rujukan yang lebih lanjut.
  • Projek pemetaan(en) — halaman ini mengandungi maklumat tentang berbagai-bagai jenis projek OpenStreetMap khusus bagi topik-topik tertentu atau kawasan-kawasan/negara-negara tertentu.
  • Category:Portals(en) — "pemuka-pemuka depan" wiki, anda juga mungkin berminat untuk meninjau kategori peringkat atasan Category:Categories.
  • help.openstreetmap.org — soalan jawab ala forum bagi permasalahan biasa.
  • switch2osm — penerangan bagaimana dan kenapa memilih untuk menggunakan OpenStreetMap berbanding perkhidmatan-perkhidmatan lain.
  • Saluran perhubungan(en) — bagi menghubungi pengguna di forum, senarai mel, IRC atau pertemuan bersemuka.
  • Pertikaian(en).
  • Akhir sekali, soalan kerap ditanya mungkin menjawab persoalan-persoalan tertentu.

Komuniti

Bantuan dari ahli-ahli OpenStreetMap yang lain boleh dicapai dengan pelbagai cara.

Ahli baru amatlah digalakkan untuk mendapatkan bantuan langkah-langkah permulaan dan belajar lebih mendalam tentang aktiviti pemetaan dari komuniti OpenStreetMap sendiri. Anda boleh menghubungi ahli-ahli OpenStreetMap di seluruh dunia dengan pelbagai saluran perhubungan(en). Misalnya, jika anda gemar menggunakan e-mel, anda boleh menjadi ahli senarai mel (mailing list). Untuk perbincangan-perbincangan biasa, anda boleh turut serta dalam senarai mel "talk". Bagi soalan-soalan yang perlu diselesaikan dengan lebih pantas, anda mungkin boleh menggunakan Internet Relay Chat(en) iaitu "bilik sembang" berasaskan teks.

Di samping itu, OpenStreetMap tidak keciciran aspek tempatan dan buat masa ini, anda boleh turut serta dalam forum komuniti Malaysia. Dari situ, anda mungkin boleh mendapat maklumat yang lebih spesifik untuk apa-apa sahaja yang berkaitan dengan OpenStreetMap.

Jangan malu-malu dan segan-segan untuk memperkenalkan diri anda dan menambah kenalan dengan penggiat-penggiat OpenStreetMap lain untuk mempelajari selok-belok baru. Dan yang paling penting ialah anda tidak perlu memohon kebenaran untuk menyunting peta!

Peralatan yang kerap diminta

Lihat juga

Tutorial-tutorial lain