Ms:Tag:highway=secondary

From OpenStreetMap Wiki
Jump to navigation Jump to search
Public-images-osm logo.svg highway = secondary
Balakong town, Selangor.jpg
Huraian
Jalan raya ke bandar-bandar dan pekan-pekan utama dari jalan-jalan primer atau lebuh raya Edit or translate this description.
RenderingHelp translate this into Malay!
Rendering-highway secondary carto.png
Kelompok: Highways
Digunakan pada unsur-unsur ini
should not be used on nodesmay be used on waysshould not be used on areasshould not be used on relations
Membabitkan
Gabungan berguna
Lihat juga
Status: digunapakai

Jalan sekunder ialah jalan yang menghubungkan tempat-tempat utama dari mana-mana lebuh raya atau jalan-jalan raya primer. Lazimnya jalan sekunder ini mempunyai dua lorong.

Jalan sekunder menurut Jabatan Kerja Raya pula dikelaskan sebagai jalan jenis R3/U3 dengan ciri-ciri:

Kebanyakan  jalan negeri boleh dikatakan jalan sekunder. Lalu lintas tempatan bergantung sepenuhnya terhadap jalan sebegini. Manakala  jalan persekutuan pendek yang berkongsi sifatnya dengan ciri-ciri seperti yang digariskan turut layak diletakkan tag ini.

Langkah-langkah pemetaan

Bagi jalan biasa tanpa pembahagi jalan, lakarkan satu garis buatnya. Pilih way yang merupakan bahagian jalan raya tersebut dan letakkan tag highway=secondary. Sekiranya pergerakan lalu lintas hanyalah terhad kepada satu arah sahaja, pastikan tag oneway=yes turut disertakan. Juga pastikan arah way tersebut sama seperti arah laluan satu hala tadi.

Bagi menambah perincian tentang jalan raya tersebut, anda boleh menambah tag-tag seperti yang berikut:

  • name=Nama jalan raya dalam bahasa Melayu
  • maxspeed=Nombor untuk menunjukkan had laju yang dibenarkan
  • ref=Kod rujukan jalan raya misalnya 207, K135, P100, T100, dll.
  • loc_name=Nama sekiranya wujud gelaran jalan bagi orang tempatan

Keadaan khas

  • bridge=yes - sekiranya jambatan dibina di bahagian jalan raya yang tertentu
  • tunnel=yes - sekiranya jalan raya melalui terowong khas

Contoh

Sampel Contoh tag
highway=secondary

lanes=2
oneway=no