Ms:Tag:highway=unclassified
| Huraian |
|---|
| "Jalan tar mini" |
| Penerangan dalam OSM Carto |
|
| Kelompok: Highways |
| Digunakan pada unsur-unsur ini |
| Gabungan berguna |
| Status: de facto |
| Peralatan |
Tag highway=unclassified ialah jalan orang awam yang paling rendah tarafnya dalam tatatingkat jaringan jalan raya. Pendek kata, tag ini padanan bagi jalan yang tidak sesuai ditanda dengan tag highway=tertiary tetapi bukanlah jalan dengan tag highway=residential (jalan di kawasan perumahan) atau tag highway=track (jalan-jalan tanah di kawasan sawah, ladang kelapa sawit, estet getah, dan seumpamanya).
Di samping itu juga, jalan kecil ini amatlah penting bagi lalu lintas tempatan sahaja. Namun begitu, ciri-cirinya mungkin ada perbezaan ketara, misalnya jalan jenis ini di bandar dan jalan jenis yang serupa di kawasan pedalaman. Maka, pertimbangkan penggunaan tag ini dengan cermat, seelok-eloknya dengan pengetahuan dari tinjauan kutipan data.
PERHATIAN: tag highway=road pula hanya boleh digunakan bagi jalan-jalan yang belum dapat ditentukan jenisnya lagi. Manakala tag highway=unclassified ialah salah satu pilihan yang boleh digunakan untuk menentukan jenis-jenis jalan.
Butiran tag
Sekiranya tag highway=* lain dirasakan lebih sesuai, pilih tag tersebut. Jalan tar mini dengan mana-mana ciri seperti:
- tidak sepenting jalan yang ditanda tag
highway=tertiary - bukannya jalan di kawasan perumahan dengan tag
highway=residential - bukannya jalan
highway=serviceatauhighway=track
barangkali jalan tar mini itu ialah jalan tak terkelas.

